Emas ‘Membeku’ Menjelang Minit FOMC

533

Emas bergerak mendatar pada permulaan sesi dagangan Rabu ketika pelabur menantikan penerbitan minit mesyuarat FOMC yang mungkin akan memberi petunjuk baharu untuk kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan sedikit berubah pada $1,775 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar pada $1,790 per auns.

Dolar Amerika kekal mempertahankan pengukuhan walaupun sedikit menyusut setelah melonjak ke paras ketinggian tiga minggu berbanding kebanyakan mata wang utama.

Pergerakan yang dipamerkan dagangan emas mencerminkan kewaspadaan pelabur menjelang pengeluaran laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Walaupun inflasi AS dilihat telah mula mereda, namun para pembuat dasar Federal Reserve (Fed) telah menawarkan kenyataan hawkish untuk meneruskan pengetatan sehingga inflasi benar-benar turun.

Terdahulu, pembuat dasar Fed, Thomas Barkin memberitahu bahawa bank pusat perlu terus mendorong kadar ke arah pengetatan sehingga beliau melihat inflasi jatuh secara mampan dalam julat sasaran untuk tempoh yang signifikan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat