Emas Menambah Tenaga Selepas Mesyuarat Fed Awal Pagi Tadi dinilai Agak Hambar

41

Harga emas melonjak dalam sesi Asia hari ini apabila minit mesyuarat Fed semalam dilaporkan terlalu bergantung kepada keputusan Donald Trump dalam melaksanakan pemotongan cukai secara agresif termasuk dasar ekonomi yang bakal diterapkan sewaktu pentadbiran beliau nanti.

Emas bagi penghantaran Februari di Comex meningkat sebanyak 0.57 peratus kepada $1,171.95 satu troy ounce. Juga di Comex, niaga komoditi lain seperti copper futures merosot sebanyak 0.23 peratus, manakala silver futures mencatat kenaikan sebanyak 0.21 peratus.

Data perkhidmatan Caixin PMI China meningkat kepada 53.4, diikuti dengan angka pembuatan yang kukuh dari China dan Jepun minggu ini.

Semalam, harga emas meningkat pada hari Rabu dalam tempoh hampir 4 minggu selepas US Dollar berundur sedikit dari puncak tertinggi berbanding matawang utama yang lain.

Harga logam kuning juga telah jatuh mendadak sejak Donald Trump memenangi kerusi Presiden AS.

Kedua-dua faktor penting seperti pengukuhan US Dollar dan peningkatan kadar faedah juga kebiasaannya menurunkan harga logam kuning untuk bersaingan dengan asset berharga yang lain.

BMI Research Dedahkan Laporan Mengecewakan Terhadap Matawang Ringgit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat