Emas tawan semula paras $2,700 selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk menurunkan kadar faedah sambil mengakui bahawa kesan pilihan raya AS tidak akan memberikan kesan dalam tempoh terdekat.
Pada jam 9.40 pagi, harga emas berada pada paras $2,701.07 iaitu menyederhana 0.16% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat selepas melonjak lebih 1.7% pada penghujung sesi semalam.
Sementara itu, pasaran saham Wall Street melanjutkan keuntungannya selepas Fed mengurangkan kadar dana sebanyak 25 mata asas selepas ahli mesyuarat bersetuju.
Dalam kenyataan rasmi, pegawai-pegawai Fed mengiktiraf pengembangan ekonomi yang kukuh walaupun data buruh catat kelemahan dan mereka mengakui bahawa inflasi semakin menuju sasaran 2%.
Walau bagaimanapun, mereka akan terus berwaspada terhadap risiko ekonomi dan dasar monetari semasa.
Pengerusi Fed, Jerome Powell mengelak daripada berkata tentang jangkaan pergerakan kadar pada masa depan terutamanya untuk mesyuarat Disember nanti. Beliau menekankan bahawa Fed mampu meluangkan masa untuk menurunkan kadar berikutan ekonomi yang kukuh.
Katanya lagi, Fed mampu mempercepatkan pemotongan kadar dengan selesa jika pasaran buruh perlahan kerana ia menghampiri capaian neutral yang diharapkan.
Namun, beliau menegaskan bahawa masih belum ada kata putus yang cukup meyakinkan.