Emas Meroket Tinggi! Tembok Tertinggi 9 Tahun Akhirnya Musnah

1,266

Emas terus memanjangkan peningkatannya dengan berjaya memecahkan rekod tahap tertinggi sejak 9 tahun lalu selepas melepasi paras harga $1,921 per auns pada pembukaan sesi Asia hari ini.

Spot emas didagangkan meningkat di sekitar paras harga $1,940 (11.15 pagi waktu Malaysia) dan terus menokok daripada paras ketinggian harga yang direkodkan sejak September 2011 pada $1,920.30.

Permintaan terhadap logam berharga ini telah meningkat sejak wabak pandemik coronavirus menimbulkan ancaman kepada pertumbuhan global.

Dengan kes baru Covid-19 yang terus mencatatkan peningkatan setiap hari di beberapa negara dan timbulnya risiko gelombang kedua di negara yang berjaya membendung penularan, pelabur semakin bimbang terhadap prospek ekonomi global.

Angka kematian di Amerika Syarikat melebihi 1,000 untuk hari kelima berturut-turut, dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 kini menghampiri 4.2 juta dan jumlah korban hampir 150,000 orang.

Bukan itu sahaja, malah, peningkatan ketegangan geopolitik, US dolar yang lemah dan kadar faedah yang rendah serta langkah-langkah rangsangan besar oleh bank pusat seluruh dunia juga menambahkan lagi sokongan terhadap emas.

White House dan Republik Senat dilaporkan telah bersetuju ke atas pakej rangsangan coronavirus yang bernilai $1 trilion yang dijangka merangkumi pembayaran langsung kepada individu serta dana tambahan persekutuan yang dikurangkan untuk faedah pengangguran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat