Emas Papar Kemerosotan, Apa Jadi?

713

Emas kehilangan momentum kenaikan ketika dagangan US dolar dan hasil perbendaharaan 10 tahun AS kembali memaparkan peningkatan menjelang penerbitan data inflasi AS pada malam ini.

Harga emas yang pada awalnya memanfaatkan kejatuhan US dolar susulan data pekerjaan NFP mengecewakan pada minggu lalu, menyusut pada sesi New York sehingga mencecah harga $1,818 per auns sebelum kembali mengurangkan kerugiannya.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan di sekitar harga $1,829 per auns, tidak jauh daripada tahap ketinggian 3 bulan yang dicapainya sejak minggu lalu.

Penurunan emas nampaknya berlaku selepas tinjauan jangkaan inflasi Federal Reserve (Fed) yang menunjukkan bahawa anggaran pertumbuhan harga selama satu tahun berada pada tahap 3.36% pada bulan April berbanding 3.24% sebelumnya, iaitu paling tinggi sejak September 2013.

Pengguna juga menjangkakan harga petrol, makanan dan sewa, masing-masing meningkat kepada 9.18%, 5.79% dan 9.49%.

Kenaikan anggaran inflasi secara tidak langsung mendorong hasil bon AS meningkat lebih tinggi pada tahap 1.625%. Sementara indeks dolar pula sedikit meningkat pada 90.25 berbanding kebanyakan matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat