Emas Pasrah, Nilai Susut Di Saat Nada Hawkish Fed Dominasi Pasaran

950

Emas kini bergayut di sekitar kawasan $2,300 pada sesi awal dagangan Asia Khamis di tengah-tengah sentimen pasaran yang optimis. Namun, hasil Perbendaharaan AS jatuh dan USD turut melemah.

Buat masa ini, para pelabur masih menghadam kenyataan Pengerusi Fed, Jerome Powell dan keputusan bank pusat AS yang mengekalkan kadar faedahnya tidak berubah.

Sementara itu, data menunjukkan defisit perdagangan AS mengecil dan pasaran buruh masih ketat.

Harga emas kini didagangkan pada paras 2,300.99 iaitu turun sebanyak 0.11% sejak ia dibuka pada sesi awal dagangan pagi tadi.

Pasaran menjangkakan kecenderungan yang hawkish oleh Fed dalam mengekalkan kadar faedah mampu mendorong bank pusat untuk menyampaikan penyata dasar monetari neutral dan mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan kadar program Pengetatan Kuantitif (QT).

Semasa sidang akhbar, Jerome Powell berkata adalah tidak wajar untuk mengurangkan kadar faedah sehingga mereka yakin bahawa inflasi sedang menuju ke arah sasaran 2% dan berkata data inflasi tahun ini sukar untuk memberikan kerjasama.

Katanya lagi, Fed percaya bahawa dasar monetari cukup mampu dalam membendung inflasi dan menolak potensi kenaikan kadar faedahnya.

Melihat dari sudut teknikal, posisi emas kini masih di kawasan sukar walaupun para pelabur dilihat gagal menolak harganya melepas paras tertinggi iaitu $2,352 yang boleh membuka jalan menuju $2,400. Peningkatan selanjutnya dilihat pada paras tertinggi 19 April iaitu $2,417.

Jika berlaku sebaliknya, emas yang kini berada pada kawasan $2,300 mampu diburukkan semula ke paras terendah 23 April pada $2,291. Kerugian seterusnya dijangka akan mencecah paras tertinggi harian 21 Mac yang menjadikan sokongan pada tahap $2,223 dan $2,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat