Emas Sempat Kukuh Di Awal Minggu, Konflik Geopolitik Dorong Ke Zon $2,030

382

Harga emas didagangkan tinggi semalam naik lebih daripada 0.70% disebabkan oleh peningkatan ketegangan konflik geopolitik Timur Tengah.

Selain itu, mata wang dolar AS sempat melonjak sekejap dan junam kembali ke paras stabil sama seperti pembukaan semalam.

Kini, dagangan XAU/USD berada pada paras $2,031.39 iaitu turun sebanyak 0.09% pada sesi dagangan Asia berbanding ia dibuka rendah semalam sekitar $2,017.92.

Para pelabur kekal berhati-hati menjelang keputusan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) AS pada pagi Khamis. Mata wang dolar AS pula mengalami penurunan sejak hujung minggu lepas iaitu berlegar-legar sekitar 103.42 mata akibat kejatuhan hasil bon Perbendaharaan AS baru-baru ini.

Melihat situasi di Timur Tengah, serangan dron ke atas tentera AS di Jordan yang mengorbankan 3 anggota dan 34 yang lain cedera telah meningkatkan kemarahan daripada pihak White House.

Berdasarkan kenyataan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin berkata bahawa beliau dan Joe Biden tidak akan bertolak ansur terhadap serangan ke atas tentera AS serta mereka akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mempertahankan tentera Amerika Syarikat.

Sementara itu, hasil bon Perbendaharaan AS untuk 10 tahun susut sebanyak enam mata asas kepada 4.07% dan memberi kelebihan kepada harga emas untuk naik.

Mesyuarat Fed untuk Januari dijangka tidak berubah dan mengekalkan pendirian yang lebih neutral tidak seperti Disember lepas dalam ucapan presidennya, Jerome Powell.

Mengikut laporan CME FedWatch, para pelabur tidak menjangkakan berlakunya penurunan kadar faedah sehingga mesyuarat Mei dengan kemungkinan 100% untuk 25 mata asas dan pemotongan 0.50% itu boleh berubah apabila keputusan Fed meleset.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat