Emas Stabil Pada Harga $1,297, Sentimen Masih Bercampur

90

Harga emas sedikit jatuh pada sesi Asia hari ini selepas kedua-dua keputusan pilihan raya New Zealand dan Jerman menunjukkan akan berlakunya perbahasan yang panjang bagi membentuk kerajaan campuran dan selepas Korea Utara dan Amerika saling berbalas ancaman melalui perkataan dan tindakan.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex menyusut 0.04% kepada $1,297.04 per auns pada jam 1 petang.

Pada hari Khamis lalu, Presien US, Donald Trump telah menggesa PBB untuk mengandakan sekatan ke atas Korea Utara serta bersedia menghapuskan Korea Utara secara keseluruhan jika terancam. Pyonyang membalas tindakan tersebut dengan menyatakan bahawa mereka akan menjalankan ujian bom nuklear yang baru ke arah Lautan Pasifik. Hal ini meningkatkan kerisauan dikalangan pelabur terhadap risiko dagangan mereka.

Harga emas melonjak pada hari Jumaat yang lalu, keluar daripada paras terendah empat-minggu, berikutan suasa semakin tegang di wilayah Korea membuatkan para pelabur mula megalihkan modal dagangan mereka kepada pelaburan yang kurang berisiko seperti emas, sekali gus menjatuhkan nilai dolar.

Walaupun harga emas meningkat pada Jumaat lalu, namun secara keseluruhannya emas tutup dengan kejatuhan 2.09% selepas keputusan FOMC pada hari Khamis lepas mengukuhkan dolar berikutan bank pusat kekal dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.

Emas sensitif dengan perubahan dolar US. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Antara tumpuan penting minggu ini adalah ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen dengan jangkaan beliau akan mengulas tentang kenaikan kadar pada bulan Disember ini. Selain itu, fokus juga tertumpu pada ulasan presiden ECB, Mario Draghi malam ini, termasuk ucapan daripada bank pusat England, Canada dan Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat