Emas Tak Bermaya, Kata-Kata Hawkish Fed Kuatkan Dolar AS

1,403

Hari ini, harga emas jatuh sedikit berikutan kenyataan Federal Reserve (Fed) yang agak hawkish dan menyebabkan pasaran mengkaji semula isu kenaikan kadar faedah.

Kini, pergerakan permintaan emas dilihat agak perlahan dan berkurang disebabkan kebimbangan konflik yang berlaku di Timur Tengah (Israel-Hamas), ia juga menyebabkan para pelabur berhenti seketika.

Selepas lonjakan harga sebanyak 10% pada Oktober lalu, emas dilihat meneruskan kenaikkan pada awal November. Namun, ia terus menjunam ke paras terendah pada minggu ini.

Walau bagaimanapun, harga emas sempat menyaksikan beberapa kenaikan pada Khamis selepas lelongan Perbendaharaan yang mengecewakan. Ia mendorong lebih banyak penjualan bon dan ramai pedagang beralih kepada jualan emas.

Jadi di sini dapat dilihat dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini telah menyaksikan pengukuhan susulan daripada kenyataan yang hawkish baru-baru ini.

Pengerusi Fed Jerome Powell memberi amaran bahawa bank pusat AS akan mengetatkan dasar monetari dengan menaikkan kadar faedah sekiranya inflasi berterusan meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat