Emas Tenang Menanti ‘Tsunami’ NFP AS

1,996

Komoditi emas terus didagangkan stabil ketika para pelabur menantikan laporan pekerjaan utama Amerika Syarikat untuk petunjuk mengenai bila Federal Reserve (Fed) akan memulakan pengurangan pembelian asetnya.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan berlegar di sekitar harga $1,813 per auns, bertahan di sekitar paras ketinggian empat minggu. Sementara niaga hadapan emas pula sedikit turun pada $1,815 per auns.

Emas terus meraih pengukuhan dengan sokongan daripada dagangan US dolar yang lemah, menjadikannya lebih murah bagi pemegang matawang utama lain.

Keyakinan pengguna AS jatuh ke paras terendah enam bulan pada bulan Ogos kerana kebimbangan mengenai peningkatan jangkitan Covid-19 dan inflasi yang lebih tinggi memudarkan prospek ekonomi.

Selain itu, pengukuhan harga turut disokong oleh data inflasi Zon Eropah yang melonjak ke paras tertinggi 10 tahun pada bulan Ogos dengan kenaikan lebih lanjut pada masa akan datang, yang pastinya mencabar pandangan Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai risiko inflasi yang dianggap sementara.

Dalam pada itu, bacaan data pekerjaan NFP AS pada hari Jumaat ini, diharapkan dapat membantu menunjukkan pendirian Fed mengenai dasar monetari mereka setelah Pengerusi Jerome Powell gagal berbuat demikian pada persidangan Jackson Hole minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat