Emas Terbang Gara-gara Putin, Terjun Angkara Fed!

412

Federal Reserve (Fed) menghentam dagangan emas lebih rendah selepas meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas dan memberi isyarat untuk lebih banyak kenaikan akan dilaksanakan.

Pada sesi Asia, emas merosot 1% mendorong harga ke paras terlemah baharu 2 setengah tahun pada $1,656 per auns. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,667 per auns.

Logam kuning itu pada mulanya mencatat lonjakan susulan pengumuman Presiden Rusia Vladimir Putin yang mengerahkan pasukan simpanannya ke Ukraine.

Ini sekali gus telah mencetuskan risiko dalam pasaran yang mendorong peningkatan safe-haven termasuk logam berharga emas.

Namun selepas keputusan Fed diumumkan, dagangan emas kembali merosot lebih rendah ekoran US dolar yang melonjak ke puncak ketinggian terbaharu 20 tahun.

Pengerusi Jerome Powell terus menegaskan semula komitmennya untuk terus menaikkan kadar faedah dalam usaha menurunkan inflasi kembali kepada sasaran bank pusat 2%.

Dengan jangkaan tiada pemotongan dilihat akan berlaku sehingga 2024, ia memberi indikasi bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat