Emas Terus Bergelut Untuk Catat Keuntungan!

1,472

Dagangan emas terus bergelut untuk mencatat keuntungan di tengah pengukuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun susulan jangkaan tindakan lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed) dalam menaikkan kadar faedah.

Pada sesi Asia, logam berharga itu bergerak lemah dengan berlegar pada sekitar harga $1,922 per auns, ditekan oleh hasil bon AS yang terus menguat di paras tertinggi sejak Mei 2019.

Pasaran kini meletakkan jangkaan untuk kenaikan faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi FOMC pada Mei selepas Pengerusi Jerome Powell mengatakan kesediaan mereka untuk menaikan kadar lebih daripada 25 mata asas bagi membendung inflasi yang tinggi.

Emas biasanya cenderung untuk merosot berikutan jangkaan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat dan hasil bon yang lebih kukuh mengurangkan daya tarikan buat logam berharga itu.

Walaupun begitu, rancangan Amerika Syarikat dan sekutunya untuk mengumumkan lebih banyak sekatan terhadap Moscow sedikit membataskan kerugian yang dicatatkan emas meskipun rundingan damai antara Ukraine-Rusia masih berlangsung.

Tumpuan pelabur seterusnya beralih kepada penerbitan data inflasi tahunan UK pada sesi Eropah yang dijangka akan terus menunjukkan peningkatan dan ucapan Powell di Sidang Kemuncak Inovasi Bank for International Settlements pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat