Emas Terus Merosot! Ada Harapan Lagi Ke Nak Naik Semula?

2,478

Dagangan logam kuning emas berlegar di sekitar paras terendah dua minggu selepas jatuh lebih rendah pada sesi sebelum ini, ditekan oleh matawang US dolar yang kuat.

Pada sesi Asia, spot emas didagangkan suram pada $1,789 per auns, naik sedikit dari tahap terendah $1,781 yang disentuhnya pada sesi New York. Niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,791 per auns.

Dolar greenback terus menguat disokong oleh sentimen berisiko yang menyebabkan pelabur berhati-hati, mengurangkan daya tarikan emas bagi pemegang matawang utama.

Selain itu, sentimen untuk USD juga meningkat selepas beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed) memberi isyarat bahawa bank pusat AS masih di landasan untuk mengurangkan pembelian aset mereka pada tahun ini, walaupun kelemahan data pekerjaan pada bulan lalu.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan tetap menyokong pengurangan pembelian bon secara beransur-ansur mulai bulan Oktober.

Sementara Presiden Fed New York, John Williams pula dilihat sedikit dovish kerana mahu melihat kemajuan lebih dalam pasaran buruh. Namun, beliau menjangkakan pekerjaan akan menguat pada beberapa bulan akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat