Tahun 2024 mencatatkan sebanyak $2.2 bilion mata wang kripto hilang disebabkan oleh aktiviti penggodaman berbanding pada tahun lepas sebanyak $1.8 bilion, menandakan peningkatan sebanyak 21%.
Jumlah insiden penggodaman juga meningkat daripada 282 pada 2023 kepada 303 tahun ini.
Peningkatan dalam kecurian kripto selari dengan kenaikan yang luar biasa Bitcoin yang telah melepasi paras $100,000.
Keadaan ini telah menarik perhatian ramai orang termasuk penggodam.
Penggodam menyasarkan platform kripto terutamanya, dengan menjejaskan kunci persendirian, yang penting untuk mengakses aset digital.
Insiden yang paling mengejutkan termasuk rompakan $305 juta daripada DMM Bitcoin Jepun pada bulan Mei dan $235 juta daripada WazirX India pada bulan Julai.
Jenayah siber berkaitan Korea Utara menjadi kebimbangan utama pada tahun ini.
Jumlah matawang kripto yang telah dicuri oleh penggodam Korea Utara telah melepasi rekod $1.3 bilion, lebih dua kali ganda jumlah pada 2023.
Pakar percaya mata wang kripto membantu Korea Utara mengelak sekatan antarabangsa, walaupun negara itu menafikan penglibatan mereka.
Platform matawang kripto harus berusaha untuk mencegah aktiviti penggodaman dan memelihara keselamatan pengguna mereka.