Here are some of the important economic data that will be the focus of the market throughout this week.
SELASA (21 Mei 2024)
Data Inflasi Kanada (8.30 Malam) – Angka inflasi terbaru Kanada akan diperhatikan selepas bank pusat Kanada telah memulakan kempen pelonggaran dasar lebih awal dari yang lain. Jangkaan inflasi bulanan akan sedikit menurun untuk April berbanding sebelumnya.
RABU (22 Mei 2024)
Mesyuarat Polisi RBNZ (10.00 Pagi) – Bank pusat New Zealand dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50%, antara kadar yang tertinggi bagi bank-bank pusat utama. Kenyataan susulan bank pusat akan diteliti sama ada bernada hawkish atau dovish.
Data Inflasi UK (2.00 Petang) – Ramalan inflasi terbaru UK dijangka rendah sehingga paras 2.1% daripada 3.2% sebelum ini. Jika berlaku penurunan ketara, akan menguatkan lagi unjuran pelonggaran dasar oleh bank pusat England pada mesyuarat polisi sebelum ini.
KHAMIS (23 Mei 2024)
Minit Mesyuarat FOMC (2.00 Pagi) – Pengerusi Fed Jerome Powell pada mesyuarat FOMC tempoh hari mengekalkan pandangan hawkish beliau terhadap dasar monetari. Pelabur akan meneliti butiran lanjut pada mesyuarat tersebut.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan Eropah (4.00 Petang) – Dijangka tiada perubahan besar untuk bacaan angka data terbaru bagi bulan Mei untuk sektor ekonomi penting ini di Eropah. Namun bacaan perkhidmatan dijangka kekal baik berbanding pembuatan yang kekal di bawah paras 50 mata.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan UK (4.30 Petang) – Sektor perkhidmatan UK dijangka kekal di atas paras 50 mata namun berkemungkinan sedikit menurun. Manakala ramalan untuk sektor pembuatan pula adalah meningkat menghampiri paras 50 semula.
Data PMI Pembuatan & Perkhidmatan AS (9.45 Malam) – Kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika dijangka kekal berkembang dengan baik pada bulai Mei untuk ramalan angka. Namun tidak mustahil untuk sektor ekonomi ini dilanda kemerosotan seperti bacaan data-data yang lain diterbitkan sebelum ini.
JUMAAT (24 Mei 2024)
Data Jualan Runcit UK (2.00 Petang) – Setelah mencatatkan penurunan pada bacaan bulan sebelumnya, kadar jualan runcit di UK untuk April diramalkan semakin menguncup. Angka yang dipaparkan juga akan memberi gambaran terhadap tahap perbelanjaan semasa pengguna.
US Consumer Confidence Data (10.00 PM) – Setelah meneliti data tinjauan Universiti Michigan sebelum ini, pelabur akan meneliti data yang dikemas kini untuk sentimen keyakinan pengguna di Amerika. Dijangka tiada perubahan ketara pada angka yang bakal diterbitkan.