Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengharamkan produk daripada TP-Link, sebuah syarikat China yang terkenal dengan pembuatan WiFi ‘routers’.
Pegawai AS bimbang routers ini boleh digunakan untuk serangan siber terhadap kerajaan dan perniagaan di negara mereka.
Siasatan sedang dijalankan, dengan agensi seperti Jabatan Perdagangan, Pertahanan dan Kehakiman sedang mengkaji potensi risiko.
Kebimbangan ini bukan perkara baharu. Tahun lepas, agensi keselamatan siber AS menemui kecacatan pada ‘routers’ TP-Link yang boleh dieksploitasi oleh penggodam untuk mengawal dari jauh.
Dalam satu kes penggodaman utama yang dikaitkan dengan kerajaan China, penyerang menggunakan ‘routers’ peribadi, seperti peranti TP-Link, untuk menutup jejak mereka sambil menyasarkan infrastruktur AS yang kritikal.
Dua penggubal undang-undang baru-baru ini menggesa pentadbiran Biden untuk mengambil tindakan, bimbang peralatan TP-Link boleh menjadi ancaman keselamatan.
Kini, pihak berkuasa AS sedang mempertimbangkan larangan penuh untuk menjual ‘routers’ TP-Link, mungkin sejurus tahun hadapan.