Carta pasangan mata wang GBP/USD menyaksikan pergerakan mendatar yang memerangkap harga dalam julat sekitar 100 pips antara 1.26000 dan 1.25000.
Sejak pembukaan awal minggu, harga dilihat cuba untuk membuat kenaikan menguji rintangan pada paras 1.26000 namun tetap gagal dibolosi.
Pada sesi Asia Selasa semalam, harga ditekan menghampiri support pada 1.25000 sebelum cubaan kali kedua menguji 1.26000.
Namun seperti situasi pada Isnin, harga masih gagal meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum berundur turun semula pada sesi New York semalam.
Pergerakan harga kekal dalam zon tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) sementara pelabur akan menantikan terbitan data-data ekonomi terbaru yang boleh pengaruhi arah harga selanjutnya.
Sekiranya harga terus mencuba untuk melepasi rintangan 1.26000, kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan akan mensasarkan pula kepada 1.27000.
Paras tersebut menjadi tumpuan diuji pada dagangan minggu lepas namun kekal menghalang harga dari kenaikan lanjut.
Sebaliknya, jika harga susut semula ke bawah, support 1.25000 akan dihampiri semula dan reaksi di sekitar itu akan diperhatikan untuk petunjuk berikutnya.
Jika tembus ke bawah, paras terendah terbaru 6 bulan akan dicatatkan sebelum harga dijangka turut mencecah sekitar paras tumpuan 1.24000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW