Dagangan emas pada minggu lalu telah pamerkan prestasi mengecewakan apabila pelabur kembali menyaksikan kejatuhan semula nilai logam kuning berharga itu.
Setelah 2 minggu harga membuat kenaikan dari paras $2,3000, penurunan harga dipaperkan semula minggu lalu setelah rekod tertinggi terbaru berjaya dicatatkan.
Mengatasi paras yang dicapai pada April lalu, harga emas mencatatkan rekod tertinggi sepanjang masa (all-time high) di awal minggu lepas pada $2,450.
Pergerakan harga diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Setelah rekod baru harga dicatatkan, momentum tidak diteruskan sebaliknya harga mula menunjukkan petanda untuk perubahan trend bearish sehingga penurunan dipaparkan mencecah sekitar 2330.00.
Harga kekal bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menunjukkan isyarat pergerakan bearish di mana harga turut mengujinya di sesi Asia pagi ini.
Masih kekal halangan MA50 itu mengekang kenaikan harga emas, penurunan harga dijangka akan diteruskan lagi minggu ini.
Harga dijangka akan mencecah semula ke paras tumpuan pada 2300.00 sebelum reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.
Jika masih penurunan diteruskan, seterusnya harga disasarkan untuk menuju sekitar 2270.00 pula.
Namun jika harga berjaya membuat kenaikan, antara zon rintangan yang bakal diuji adalah pada 2380.00 sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan.
Seterusnya, paras 2430.00 bakal dicapai semula sebelum rekod tertinggi harga emas bakal dicabar lagi.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW