Walaupun agak mengecewakan, namun tetap memberi kelegaan kepada para pelabur apabila dagangan emas pada penutup minggu lalu sekadar mendatar dan tidak menunjukkan reaksi signifikan ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.
Walaupun harga emas tidak melonjak tinggi, namun pelabur merasa lega ekoran tidak berlaku kejatuhan harga mendadak seperti situasi-situasi sebelum ini.
Laporan diterbitkan bercampur dengan pertambahan pekerjaan pada November catat angka yang memberangsangkan, namun kadar pengangguran pula meningkat dari jangkaan untuk kekal seperti sebelum ini.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak perlahan pada Jumaat lalu dalam julat purata paras 26450.00 hingga 2625.00.
Kenaikan harga juga dilihat terbantut dengan pergerakan harga terbatas di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Pergerakan harga yang menyambung dagangan pada awal minggu ini dilihat masih mendatar namun ada cubaan kenaikan untuk melepasi paras 2650.00.
Jika kenaikan lebih tinggi berjaya diteruskan pada sesi-sesi selepas ini, paras 2670.00 berkemungkinan mampu untuk diatasi.
Dengan kenaikan lebih tinggi, paras ketinggian 2720.00 yang dicapai pada penghujung November lalu bakal menjadi sasaran.
Namun, sebaliknya jika harga paparkan kejatuhan minggu ini, zon tumpuan pada 2600.00 dijangka bakal dicecah dengan reaksi harga di sekitar zon tersebut akan diperhatikan.
Tembus lebih rendah dan turut melepasi 2580.00 akan menjangkakan kejatuhan lebih parah emas hingga ke sekitar 2540.00 hingga 2500.00.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.