Data Keluaran Dalam Negara Kasar awal (Prelim GDP q/q) yang dikeluarkan semalam menunjukkan angka yang positif iaitu 3.0% apabila melepasi angka jangkaan (2.8%) dan angka yang dikeluarkan sebelum ini (2.8%).
Sementara itu, data tuntutan pengangguran juga mencatatkan angka yang baik menunjukkan bilangan individu yang memfailkan faedah pengangguran telah berkurang daripada jangkaan.
Reaksi harga emas juga menunjukkan penurunan setelah data yang dikeluarkan semalam adalah baik yang lebih memihak kepada mata wang USD.
Data Indeks Harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) akan menjadi tumpuan para pelabur pada malam ini.
Pada carta harian XAU/USD yang mengukur nilai berbanding US dolar di mana harganya berada di sekitar paras 2524.00.
Sekiranya harga ingin melakukan kenaikan, kita boleh menanti pada zon 2529.00 untuk harga menguji pada paras tersebut.
Sekiranya harga ingin melakukan penurunan, kita boleh melihat reaksi harga pada paras 2512.00.
Paras 2505.00 akan menjadi tumpuan untuk harga menguji zon tersebut jika harga berjaya melepasi harga 2512.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.