Pasaran emas agak suram pada awal minggu ini memandangkan pelabur masih menantikan terbitan data indeks harga pengguna (CPI), indeks harga pengeluar (PPI) dan tuntutan faedah pengangguran pada Rabu dan Khamis ini.
Angka CPI yang rendah bakal menguatkan lagi jangkaan keputusan untuk Federal Reserve (FED) mengurangkan kadar faedah pada bulan ini.
Namun, pelabur menantikan bilangan mata asas yang bakal dipotong oleh FED sama ada sebanyak 25 atau 50 mata asas, walaupun kebanyakan pelabur menjangkakan pemotongan yang tidak agresif bakal berlaku iaitu sebanyak 25 mata asas.
Berdasarkan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada Isnin, harga emas menunjukkan kenaikan semula melepasi paras 2500.00 setelah bergerak naik dari sekitar 2490.00.
Bagi pergerakan harga emas pada Selasa, sekiranya harga ingin meneruskan kenaikan, pelabur akan menantikan pada paras 2530.00 yang merupakan zon resistance yang masih belum mampu ditembusi oleh harga sebelum ini.
Sebelum harga sampai pada paras tersebut, pelabur akan menantikan tindak balas harga pada paras 2508.00 yang merupakan halangan semasa untuk dilepasi bagi kenaikan lebih tinggi berlaku.
Melepasi harga tersebut akan memberi isyarat yang lebih jelas untuk harga mencapai paras 2530.00 yang dinantikan oleh pelabur.
Jika harga ingin mempamerkan trend bearish selepas susut di bawah 2500.00, paras 2485.00 akan menjadi tumpuan yang dijangkakan akan menunjukkan reaksi menarik harga.
Melepasi 2485.00 menandakan harga masih cenderung untuk menyambung lagi penurunan ke paras 2470.00 yang dijangkakan akan menjadi tumpuan para pembeli.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform Saracen Market. Tebus bonus tanpa deposit bernilai $5.00 jika anda daftar hari ini KLIK DI SINI – DAFTAR DAN TEBUS SEKARANG