Semakin menambahkan resah buat pelabur, dagangan emas memaparkan corak pergerakan harga yang mendatar sepanjang Selasa semalam.
Tanpa memberikan isyarat yang lebih jelas, pelabur kekal waspada menantikan petunjuk baharu dalam pasaran yang boleh mempengaruhi perubahan harga emas.
Diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga semalam mendatar dalam julat perlahan antara 2634.00 hingga 2654.00 sepanjang hari.
Pergerakan di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu juga turut menyukarkan pelabur untuk melihat arah yang jelas.
Sehingga menyambung dagangan ke sesi Asia pagi ini (Rabu), harga masih pamerkan corak pergerakan seperti semalam membuatkan pelabur waspada menjelang beberapa data ekonomi penting bakal diterbitkan menuju penghujung minggu.
Untuk jangkaan bagi kenaikan harga emas jika berlaku, tumpuan adalah untuk kembali semula ke zon 2650.00-2670.00 yang menjadi rintangan diuji pada kenaikan harga di penutup minggu lalu.
Jika berjaya harga lepas zon tersebut, kenaikan lebih tinggi dilihat akan menuju paras ketinggian 2720.00 yang telah dicapai sebelum ini.
Seterusnya, rekod tertinggi sepanjang masa (all-time high) pada 2790.00 kekal menjadi sasaran untuk dicapai semula.
Sementara untuk jangkaan bagi penurunan harga emas pula, zon sekitar 2600.00 dilihat sebagai support terhampir.
Jika gagal zon tersebut melonjakkan kembali harga naik, akan menjadi amaran bahaya untuk pelabur bersedia kejatuhan lebih rendah harga emas selepas itu.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.