Walaupun tidaklah begitu memberi kelegaan sepenuhnya buat pelabur emas, namun corak peningkatan harga yang dipaparkan oleh logam kuning itu di penghujung minggu lalu menunjukan petanda yang positif.
Ketika keputusan mesyuarat FOMC diumumkan pada awal pagi Khamis yang lalu, harga emas menjunam jatuh di bawah zon $2,600.
Pelabur mula resah apabila menjangkakan situasi tersebut akan berterusan dan bakal menyaksikan harga terperosok lebih jauh sementara US dolar dilihat sedang mendapat kelebihan untuk mengukuh.
Namun, kejatuhan harga tidak diteruskan sebaliknya harga mula pulih semula meningkat dari zon $2,600 menghampiri semula paras harga sebelum terjunan berlaku itu.
Isyarat positif dagangan emas itu diperhatikan pada pergerakan carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.
Pada Jumaat, harga berjaya melonjak dari paras 2600.00 hingga ketinggian sekitar 2630.00 dan memberi isyarat bullish apabila berjaya melepasi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Sekiranya kenaikan harga di awal minggu ini berjaya diteruskan, harga dilihat akan hampiri semula zon tumpuan pada 2650.00-2670.00 sebelum ini.
Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan menunjukkan pergerakan bullish lebih jelas buat emas yang akan mensasarkan semula ke zon rintangan 2700.00.
Namun, jika harga emas kembali menunduk turun selepas ini, reaksi pada zon penting 2600.00 akan diperhatikan untuk petunjuk arah seterusnya.
Jika menjunam lebih rendah, sasaran beralih kepada 2530.00 untuk harga menyambung corak penurunan minggu sebelum ini selain catatkan paras terendah terbaru.
See the XAU/USD price chart image below for your technical analysis reference.