Harga Solana tiba-tiba mengalami kejatuhan pada sebelang tadi. Selepas ditsiasat, Solani didapati mengalami masalah. Platform layer-satu yang popular itu tidak pernah menjadi offline untuk jangka masa yang agak lama, tetapi kelihatannya rangkaian tersebut tidak berfungsi untuk sementara waktu.
Berdasarkan kemas kini rasmi dari akaun Status Solana pada awalnya, “mainnet-beta” mengalami kegagalan, dan jurutera di seluruh ekosistem sedang bekerja untuk mengenal pasti masalah tersebut.
Rangkaian didapati itu tidak berfungsi selama lebih 30 minit. Sementara itu, harga SOL sedang mengalami tekanan selepas berita ini kerana ia kini didagangkan pada diskaun 4%.
Terbaru jurutera-jurutera teras rangkaian Solana mengenal pasti penyelesaian masalah dan sedang dalam proses merancang versi baru untuk validator mengimplementasikannya, seperti yang diumumkan oleh validator rangkaian mtromp.
Solana menasihati operator validator untuk bersedia untuk peningkatan rangkaian dan permulaan semula. Operator validator utama rangkaian telah menerima arahan untuk meningkatkan dan memulakan semula versi v1.17.20.
Hari ini adalah kegagalan pertama yang dialami oleh Solana pada tahun 2024, yang mengakhiri siri masa operasi tanpa gangguan yang bermula tepat setahun yang lalu.