Selepas reda berkenaan data inflasi semalam, tumpuan di sesi Asia pagi ini (Khamis) terarah kepada terbitan laporan data pekerjaan Australia yang telah memberi reaksi kepada pergerakan dolar Aussie.
Meneliti laporan, pertambahan pekerjaan di Australia pada bulan Julai adalah lebih tinggi kepada 58,200 berbanding bulan sebelumnya 52,300 yang telah dikemaskini, dan juga jauh mengatasi ramalan yang rendah pada 20,200 pertambahan.
Namun sedikit merencatkan bacaan yang positif itu apabila kadar pengangguran catatkan peningkatan kepada 4.2% berbanding ramalan untuk kekal di paras 4.1%.
Dolar Australia menunjukkan peningkatan nilai pada sesi Asia pagi ini walaupun berlaku sedikit kejatuhan pada awal reaksi laporan diterbitkan.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang AUD/USD, terdapat tanda-tanda perubahan arah harga pada pergerakan Rabu semalam, namun situasi bertukar pada pagi ini.
Sebelum ini, corak kenaikan harga berjaya dikekalkan sehingga ke paras sekitar 0.66400 di mana harga terus bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Namun penurunan di sesi New York semalam yang menghampiri zon 0.66000 mula menyaksikan harga berada di bawah garisan MA50, memberi amaran awal perubahan trend menurun bakal berlaku.
Di sesi Asia pagi ini, harga sempat turun cecah sekitar 0.65700 sebelum melantun semula ke paras 0.66200 dan dilihat cuba untuk berada di atas garisan MA50 kembali.
Sekiranya dolar Aussie berjaya kekalkan momentum positif untuk sesi-sesi berikutnya, kenaikan harga lebih tinggi boleh berlaku untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru minggu ini.
Sasaran untuk pergerakan bullish harga yang diteruskan adalah mencapai ketinggian pada 0.67000.
Sebaliknya jika harga menjunam jatuh semula di bawah 0.66000 akan menjadi petunjuk untuk bermula kembali corak penurunan buat harga.
Zon 0.65400 dan 0.65000 antara kawasan terhampir yang dilihat sebagai tumpuan jika penurunan berlaku.
See the picture of the price chart of the AUD/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW