“Wow perkembangan yang agak positif, adakah harga NEAR lepas ni akan tembus $10 pula?”
Hasil kerjasama bersama Gauntlet dan NEAR Foundation, protokolnya yang membentangkan cadangan tadbir urus utama berjaya mendorong mata wang kripto NEAR secara berterusan menggunung sehingga $6.48.
Cadangan tersebut bertujuan memperdalam decentralized ekosistem NEAR melalui pelan komprehensif yang memastikan tadbir urus, akauntabiliti dan prestasi berada pada tahap lebih baik seterusnya memberi para pemegang tokennya lebih kawalan.
Selain perubahan dalam nod yang mengawal, cadangan dikemukakan itu turut melihat aspek utama lain seperti Endorsed Delegate Mechanism yang merangkumi fungsi dan prosedur perwakilan penting bagi tadbir urus operasi.
Disyorkan modal pembiayaan baharu bagi menyokong model tadbir urus baharu memerlukan jenis pembiayaan baharu serta insentif untuk perwakilan dan veNEAR yang merupakan komponen utama mekanisme pengundian NEAR.
Secara konteks, veNEAR membenarkan token NEAR staking selama tiga bulan hingga empat tahun tetapi perlu diketahui semakin lama pegangan, semakin tinggi hak mengundi untuk menggalakkan komitmen jangka panjang dan meningkatkan peranan tadbir urus.
Suka dimaklumkan cadangan tadbir urus utama juga meneliti perkara mengenai kadar inflasi tahunan 0.5% serta mengembalikan 50% daripadanya bagi membiayai cadangan inflasi urus dan menggalakkan pemerhati ekosistem.
Pada masa sama, rangka kerja tadbir urus dicadangkan mewakili evolusi utama dalam proses decentralized ekosistem NEAR dengan penambahan keahlian perwakilan dan pelaksanaan semakan berkala oleh Jawatankuasa Saringan.
Setakat penulisan ini, harga NEAR mencanak sebanyak 3.95% pada paras $6.27 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $6 bilion kemudian merekodkan pendakian 34.16% sepanjang minggu lepas.