Sepanjang proses undian pilihan raya presiden yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) semalam, pasaran menyaksikan pergerakan suram US dolar sepanjang sesi New York.
US dolar alami penyusutan nilai sebelum berlaku perubahan arah pergerakan harganya di sesi Asia pagi ini (Rabu) ketika kiraan undi bermula.
US dolar mengukuh dengan ketara berbanding penyusutan yang dipaparkan pada sesi sebelum ini ketika suasana pilihan raya semakin rancak dengan kiraan undian semasa memihak kepada Donald Trump.
Jika diperhatikan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat pada mulanya paparkan kenaikan dahulu ke paras ketinggian terbaru 3 minggu menghampiri sekitar 1.09400 di penghujung sesi New York.
Namun, harga mengubah arah di awal sesi Asia pagi ini dengan terjunan mendadak harga lebih 200 pips!
Harga menjunam kembali di bawah zon 1.09000 sebelum kemudiannya dengan mudah menembusi paras tumpuan 1.08000.
Setakat jam 12.00 tengahari, harga telah mencecah paras 1.07200, hampir untuk menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.07000.
Jika momentum pengukuhan US dolar dikekalkan, harga bakal lanjutkan corak penurunan di bawah zon 1.07000 untuk catatkan paras terendah terbaru 5 bulan.
Namun, jika berlaku lantunan semula harga, melepasi paras 1.08000 semula akan menjangkakan harga untuk mendaki kembali menuju 1.09000.
Arah pergerakan harga yang jelas sukar untuk ditentukan untuk beberapa sesi terkini berikutan spekulasi pilihan raya yang terus berlegar dalam pasaran.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Join the Saracen Lucky Draw contest and win the various exciting prizes on offer. Only a $50 deposit is required to join. CLICK HERE – REGISTER AND WIN EXCITING PRIZES