US dolar kekal didagangkan di paras tertinggi 2 tahun yang dicapainya setelah lonjakan kukuh ketika reaksi keputusan mesyuarat FOMC awal pagi Khamis semalam.
Namun, momentum sedikit perlahan menyambung dagangan untuk beberapa sesi berikutnya.
Kembali menambah sokongan buat US dolar apabila laporan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam.
Bacaan terakhir bagi pertumbuhan suku ketiga 2024 AS yang dijangka kekal seperti angka sebelum ini pada 2.8%, telah meningkat kepada 3.1%.
Selepas FOMC, tumpuan semalam beralih kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun dan England.
Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah pada 0.25% tidak berubah ketika terdapat jangkaan bahawa langkah kenaikan kadar untuk dilaksanakan.
Gabenor Kazuo Ueda menjelaskan bahawa beliau mahu melihat momentum pendapatan pada tahun hadapan dahulu dan laporan unjuran untuk Januari 2025.
Bank of England (BOE) juga turut mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada 4.75% dengan perbezaan undian 3 untuk kadar diturunkan, manakala 6 mengundi untuk dikekalkan.
Mata wang Pound ketara menjunam selepas keputusan mesyuarat tersebut apabila bank pusat itu dilihat masih akan mengekalkan pelonggaran dasar mereka hingga tahun hadapan.
Data jualan runcit UK akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini (Jumaat) yang dilihat akan menjadi pemacu seterusnya untuk mata wang Pound.
Di sesi New York pula untuk penutup dagangan minggu ini, data jualan runcit Kanada akan diterbitkan bersama data indeks harga PCE AS yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna.
Sebagai salah satu komponen inflasi tumpuan Federal Reserve (Fed) ini, penganalisis menjangkakan bakal ada impak ketara ke atas mata wang US dolar di sesi terakhir.