Bitcoin mengalami hujung minggu yang agak sepi dengan harganya kekal di paras $62,000, namun keterujaan kembali mendorong lonjakan lanjutan pada hari Isnin dan mendorong aset kripto tersebut ke puncak baru beberapa tahun dengan melebihi paras harga $65,000.
Dogecoin dan Shiba Inu juga telah mendapat manfaat dengan menampilkan prestasi yng serupa. Waima begitu mata wang kripto meme lain seperti Pepe, malah menampilkan prestasi yang lebih jauh memberangsangkan.
Pada Isnin yang lepas Bitcoin meroket dari kira-kira $51,000 ke paras $55,000. Harii-hari berikutnya menyaksikan lebih banyak keuntungan. Kenaikan BTC mencapai kemuncaknya dengan lonjakan harga ke paras $64,000, yang menjadi harga tertinggi sejak akhir 2021.
Walaupun terdapat penarikan seketika semasa hujung minggu, Bitcoin masih menutup dagangan Februari dengan keuntungan bulanan terbesar dalam sejarahnya. Beberapa hari berikutnya, termasuk hujung minggu, tidak banyak perubaan dan BTC terperangkap di sekitar $62,000.
Pada ketika ini, BTC hanya tinggal lebih kurang $4,000 dari ATH 2021 pada $69,000. Pada masa ini,modal pasaran BTC hampir mencecah $1.3 trilion. Dominasinya ke atas alts telah meningkat sebanyak 0.5% dalam sehari dan kini melebihi 50%.
Beberapa hari terakhir telah didominasi oleh token meme, dan trend ini masih berlaku buat ketika ini. Pepe sekali lagi mencuri tumpuan, dengan lonjakan 65%. Malah, token meme tersebut telah memasuki 50 mata wang kripto terbesar dan mengetuk ATH baru awal hari ini.
BONK turut mengikuti dengan peningkatan 50% yang telah mendorong harganya ke $0.000035. Dua wakil terbesar dalam kumpulan aset digital meme ini, Dogecoin dan Shiba Inu- telah mencatat keuntungan 25% dan 30% masing-masing. Cardano dan Polkadot juga mencatatkan keuntungan yang mengagumkan sekitar 8-10% semalaman. Modal pasaran kripto secara keseluruhan telah menambah lebih $100 bilion semalam kepada $2.550 trilion di CMC.