Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kekecewaan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata pihak pembelaan turut kecewa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah sebaik sahaja diperintahkan untuk membela diri.
Pasukan pembelaan Najib menzahirkan perasaan kecewa atas keputusan dan mereka tidak akan berputus asa dalam memberi pembelaan walaupun keputusan mahkamah tidak memihak mereka.
Katanya lagi, keterangan bagi proses pembelaan kelak melibatkan jumlah saksi tidak kurang daripada 11 individu.
Walau bagaimanapun, Najib diperintah bela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu, empat kes menggunakan kedudukan untuk suapan hampir RM2.3 billion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram babit wang sama.
Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.
Najib kemudiannya diberi tiga pilihan iaitu pertama, memberi keterangan secara bersumpah dengan pihak pendakwaan diberikan peluang untuk menyoalnya semasa pemeriksaan balas.
Pilihan kedua, beliau boleh memberi kenyataan tidak bersumpah daripada tempat saksi tanpa pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan manakala pilihan terakhir, bekas Ahli Parlimen Pekan ini boleh berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan.
Najib mengambil pilihan pertama, beliau akan memberi memberikan keterangan daripada kandang saksi. – Sinar Harian