Mengekalkan corak positif di pembukaan awal minggu lalu, mata wang Pound melanjutkan peningkatan nilainya pada sesi Eropah semalam bersambung ke sesi berikutnya.
Pound mendapat sokongan dari laporan pekerjaan UK terbaru semalam dengan data perubahan tuntutan faedah pengangguran adalah rendah sekitar 300 sahaja berbanding ramalan 28,200 untuk bulan November.
Indeks purata upah 3 bulan yang berakhir Oktober meningkat kukuh kepada 5.25% mengatasi ramalan 4.6%, sementara kadar pengangguran UK pada Oktober kekal di paras 4.3% seperti yang dijangkakan.
Walaupun bagaimanapun, pelabur kekal berhati-hati untuk dagangan Pound menjelang laporan inflasi UK pula pada sesi Eropah hari ini (Rabu) sebelum tumpuan terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada Khamis yang akan mengiringi mesyuarat FOMC.
Menilai pergerakan pada carta pasangan mata wang GBP/USD, peningkatan harga dilihat pada awal sesi Eropah semalam ketika data diterbitkan menguji paras rintangan pada 1.27000.
Bersambung ke sesi New York, harga berjaya meneruskan kenaikan melepasi rintangan itu dengan ketinggian baharu dicapai berhampiran 1.27300.
Namun harga berundur perlahan di penutup sesi tersebut sebelum mendatar di zon 1.27000 pada sesi Asia pagi ini.
Harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut, masih memberi isyarat bullish buat harga.
Jika kenaikan berjaya diteruskan semula dari zon 1.27000, sasaran adalah untuk mencapai ketinggian pada 1.28000.
Jika diperhatikan, zon tersebut adalah rintangan penting yang diuji harga sejak beberapa minggu lepas namun masih tidak berjaya dibolosi.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula jika berlaku, zon support terhampir harga adalah pada sekitar 1.26000 dijangka untuk diuji.
Penurunan lebih rendah dilanjutkan jika melepasi zon tersebut akan catatkan paras terendah terbaru 4 minggu dengan sasaran beralih kepada 1.24000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.