Janet Yellen, Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) berkata peralihan global pada ekonomi rendah karbon memerlukan $3 trilion modal baharu setiap tahun hingga 2050 di mana mengisi jurang tersebut adalah peluang ekonomi terbesar abad ke-21.
Tambahnya lagi dalam ucapan selepas menghadiri mesyuarat pemimpin kewangan G20 di Rio de Janeiro, pengabaian dalam menangani perubahan iklim dan kehilangan alam semula jadi dan biodiversiti bukanlah hanya dasar alam sekitar yang buruk tetapi ia adalah dasar ekonomi yang buruk.
Keperluan pembiayaan adalah peluang ekonomi tunggal terbesar abad ke-21 dan boleh dimanfaatkan bagi menyokong pertumbuhan yang mampan dan lebih inklusif termasuk untuk negara-negara yang ketandusan pelaburan.
Yellen berharap program tersebut akan memberi insentif kepada pelaburan sektor swasta yang lebih besar di rantau itu yang menyokong alam semula jadi.
Beliau yang menyeru MDB mengembangkan misi dan kapasiti pinjamannya untuk memerangi perubahan iklim telah mendedahkan pelaburan swasta besar diperlukan dan Perbendaharaan, kementerian kewangan Brazil dan pihak berkepentingan sedang berusaha meningkatkan penglibatannya.
Bukan itu sahaja, Yellen turut berpendapat bank harus memangkin model perniagaan baharu untuk menggerakkan pelaburan yang menyokong alam semula jadi dan biodiversiti sambil mengukuhkan ekonomi dan memajukan peralihan iklim.
Terdahulu, Yellen melancarkan inisiatif baharu dengan negara lembangan Amazon Brazil, Colombia, Ecuador, Guyana, Peru dan Suriname untuk memerangi jenayah alam semula jadi seperti pembalakan haram dan penuaian hidupan liar serta mineral yang mengancam kepelbagaian biologi.