Emas catat kenaikan pada penghujung dagangan Isnin walaupun mata wang USD juga meningkat kecil didorong oleh hasil bon Perbendaharaan AS yang tinggi berikutan pengeluaran data ekonomi AS yang lembut daripada jangkaan.
Minggu ini pasaran akan alami hari yang terhad sempena sambutan Hari Kemerdekaan di AS dan minggu yang mencabar hasil keluaran beberapa data penting ekonomi yang mampu memberi impak dalam kedudukan nilai mata wang serta komoditi.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,331.73 iaitu kekal sejak ia dibuka pada awal sesi dagangan Asia pagi tadi walaupun alami pergerakan mengukuh tidak ketara.
Ekonomi AS mendedahkan angka aktiviti perniagaan hadapan pembuatan agak bercampur-campur. PMI Pembuatan Global S&P berada dalam sentimen pengembangan bertentangan dengan laporan ISM yang menguncup untuk bulan ketiga berturut-turut.
Buat masa ini, peserta pasaran akan meneliti ucapan Presiden Fed Jerome Powell pada Selasa diikuti dengan minit mesyuarat FOMC pada Rabu.
Selain itu, jadual ekonomi AS juga akan menampilkan data PMI Perkhidmatan daripada S&P dan ISM diikuti dengan laporan Non-Farm Payroll AS pada Jumaat.
Dari sudut teknikal, harga emas kekal tinggi melebih paras $2,320 dan ia masih stabil di bawah $2,350.
Walaupun corak carta menurun kekal dalam graf sejak Mei, sentimen neutral dilihat kekal menguasai pergerakan harga serta memberi sokongan belian buat masa ini.
Pasaran meletakkan garis sokongan pada posisi $2,300 diikuti dengan paras terendah 3 Mei pada $2,277. Seterusnya pada paras tertinggi 21 Mac pada $2,222 hingga ke $2,160.
Jika berlaku pembalikan, pasaran menetapkan kawasan rintangan atas $2,350 diikuti kitaran tertinggi 7 Jun pada $2,387 dan $2,400.