Nilai emas sebagai logam kuning terkenal dunia naik mendadak semasa pertengahan sesi Amerika Utara pada Khamis selepas keluaran Indeks Harga Pengguna (CPI) AS dan membuka harapan Federal Reserve (Fed) untuk turunkan kadar faedah.
Perbendaharaan AS merosot dengan hasil 10 tahun turun sepuluh mata asas kepada 4.187% dan Indeks Dolar AS (DXY) juga susut lebih daripada 0.40% pada 104.48.
Sementara itu, harga emas kini berada pada paras $2,408.77 iaitu sedikit menurun pada 0.29% sejak ia dibuka pada sesi dagangan Asia pagi tadi.
Data dari Biro Statistik Buruh AS (BLS) mendedahkan bahawa harga pengguna merosot pada bulan Jun. Tidak termasuk item seperti makanan dan tenaga. Laporan angka untuk teras juga menurun serta menghidupkan semula harapan bahawa Fed boleh kurangkan kadarnya pada penghujung 2024.
Ramalan pasaran menetapkan kemungkinan 85% untuk berlakunya pemotongan pada September ini, meningkat berbanding 70% pada Rabu.
Kontrak hadapan kadar dana fed Disember 2024 membayangkan bahawa Fed akan melonggarkan dasar sebanyak 49 mata asas menjelang akhir tahun iaitu meningkat daripada ramalan 39 sehari yang lalu.
Selain itu, data lain menunjukkan pasaran buruh kekal teguh kerana bilangan rakyat Amerika yang memfailkan faedah pengangguran melepasi konsensus dan lebih rendah daripada bacaan sebelumnya.
Pada hujung minggu, jadual ekonomi AS akan menampilkan Indeks Harga Pengeluar (PPI) untuk bulan Jun dan tinjauan sentimen Pengguna Universiti Michigan malam ini.