Emas naik mendadak pada awal sesi dagangan Asia selepas Federal Reserve (Fed) memutuskan untuk kekalkan kadar tidak berubah pada bulan Julai.
Pengerusi Fed, Jerome Powell membayangkan data pekerjaan AS mula memainkan peranan penting dalam menetapkan dasar monetari seterusnya.
Pada jam 9.30 pagi, harga emas berada pada paras $2,454.80 iaitu naik setinggi 0.25% sejak ia dibuka pada awal dagangan Asia pagi tadi.
Sementara itu, dagangan Wall Street mencatatkan keuntungan selepas sidang akhbar Powell. Semasa ucapannya, beliau berkata proses disinflasi mencatatkan perkembangan dan meyakini berlakunya risiko penurunan dalam pasaran buruh.
Fed merasakan laporan pasaran buruh antara yang perlu ditekankan kerana ia merupakan tolok inflasi yang penting walaupun potensi kemerosotan sedang berlaku.
Selain itu, laporan Non-Farm Payrolls (NFP) Julai yang akan dibentangkan Jumaat akan menjadi panduan penting untuk Fed melihat ramalan kedudukan seterusnya dalam data pekerjaan.
Walau bagaimanapun, pasaran menetapkan sebanyak 70 mata asas untuk berlakunya pemotongan kadar faedah menjelang akhir tahun.
Dalam kenyataannya baru-baru ini, jawatankuasa FOMC tidak menjangkakan ia sesuai untuk mengurangkan julat sasaran sehingga memperoleh keyakinan bahawa inflasi bergerak sesuai jangkaan 2%.
Harga logam kuning itu menyaksikan lonjakan berikutan konflik geopolitik akibat serangan Hizbullah ke atas Israel sebagai tindak balas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Iran.