Mata wang Euro dilihat gagal mengambil kesempatan ke atas US dolar yang sedang didagangkan dalam tekanan pada penghujung minggu lepas.
US dolar semakin menunjukkan penyusutan selepas keputusan mesyuarat FOMC terbaru, namun corak kejatuhan nilai dilihat sederhana dan tidak begitu ketara.
Untuk tempoh jangka masa panjang, penganalisis menjangkakan penyusutan akan berterusan buat US dolar susulan pemotongan kadar faedah yang agresif sebanyak 50 mata asas ke paras 5.00% oleh Federal Reserve (Fed) menandakan telah bermulanya peralihan dasar monetari.
Untuk pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga di penghujung minggu gagal untuk catatkan ketinggian baru bagi mengatasi paras ketika reaksi mesyuarat FOMC sebelum itu.
Pada Jumaat, pergerakan harga sekadar berlegar dalam julat perlahan di antara 1.11800 hingga 1.11400.
Harga masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu memberi isyarat pergerakan masih dalam trend bullish.
Dengan kecenderungan untuk US dolar melanjutkan penyusutannya, harga masih disasarkan untuk menuju zon 1.12000 sebagai rintangan penting.
Jika harga akhirnya berjaya menembusi rintangan itu, paras ketinggian terbaru akan dicatatkan yang tertinggi sejak dagangan Julai tahun lalu.
Sasaran seterusnya adalah pada 1.12700 hingga 1.13000 sebagai zon tumpuan jika corak kenaikan masih berjaya dikekalkan harga.
Sebaliknya, jika berlaku perubahan pada arah pergerakan harga, penurunan akan dijangkakan menguji paras 1.11000.
Susut lebih rendah dan memberi petunjuk untuk penurunan lebih dalam buat harga adalah dijangkakan untuk mencecah zon support 1.10000 sebelum ini.
Pelabur di awal minggu ini akan memerhatikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah dan AS, yang bakal mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dan US dolar.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW