Tampaknya US dolar gagal untuk mengekalkan prestasi pemulihan pada minggu lalu apabila kembali paparkan pergerakan lemah Rabu semalam.
Ini berikutan reaksi terhadap data pekerjaan JOLTS yang diterbitkan di sesi New York semalam dengan catatan angka terendah sejak April 2021.
Mencetuskan kebimbangan awal terhadap sektor buruh Amerika Syarikat (AS) menjelang laporan NFP di penghujung minggu, kembali mengubah corak pergerakan US dolar.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan berlaku lonjakan kukuh harga pada sesi New York semalam susulan reaksi terhadap data yang diterbitkan.
Pada mulanya harga bergerak perlahan pada sesi sebelum, menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu sekitar paras 1.10500.
Namun, harga kemudiannya menunjukkan lonjakan kukuh hampir menyentuh paras sasaran pada 1.11000 sebelum berundur sedikit dan menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.10800.
Kenaikan harga dijangka masih boleh berlaku dengan kecenderungan untuk harga menguji zon rintangan 1.11000.
Melepasi rintangan itu akan menjangkakan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan dengan sasaran kembali tertumpu pada ketinggian yang dicapai sebelum ini iaitu pada 1.12000.
Namun jika corak kenaikan gagal untuk diteruskan melepasi 1.11000, pelabur akan bersedia untuk menjangkakan kejatuhan semula harga untuk berlaku.
Susut lebih rendah dari paras awal minggu bakal menekan harga menghampiri paras tumpuan pada 1.10000 pula.
Penurunan lebih rendah yang diteruskan melepasinya akan mensasarkan pula sekitar 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW