Ketidaktentuan yang melanda pasaran pada minggu ini sememangnya telah dijangkakan oleh para penganalisis pasaran berikutan mesyuarat FOMC September yang menjadi tumpuan sepenuhnya awal pagi Khamis, jam 2 pagi waktu tempatan.
Dijangka akan memberi impak besar terhadap pasaran, pergerakan mata wang US dolar juga bercelaru sejak minggu lalu hingga semalam.
Pada pembukaan awal minggu, US dolar melemah namun telah kembali pulih semula semalam ketika disokong data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos yang agak baik.
Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD terus diperhatikan yang menyaksikan perubahan pada corak raja mata wang itu.
Sementara Euro pula menunjukkan pemulihan sejak minggu lalu selepas mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) yang menurunkan kadar faedah, namun Presiden Christine Lagarde mengubah kenyataan sebelum ini dengan isyarat langkah pemotongan kadar faedah berkemungkinan tidak akan diteruskan pada mesyuarat seterusnya.
Pada carta EUR/USD, harga dilihat masih meneruskan kenaikan di sesi Eropah semalam mencapai 1.11450 namun kembali ditekan semula di sesi berikutnya ke sekitar 1.11200.
Pergerakan harga berlegar di sekitar tersebut menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini sambil dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
Sekiranya harga berjaya melantun naik semula membuat kenaikan, paras ketinggian semalam akan cuba diatasi sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Sasaran seterusnya adalah untuk mencapai ke zon rintangan tumpuan yang diuji pada penghujung Ogos sebelum ini iaitu pada 1.12000.
Sementara, risiko untuk penurunan harga adalah tinggi jika pergerakan harga yang semakin susut di bawah paras 1.11000 yang dilihat sebagai support semasa buat harga.
Jika tembus ke bawah paras itu, harga dijangka bakal mencecah kembali zon support minggu lalu yang diuji pada sekitar 1.1000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW