Sekali lagi tembok kental pada carta pasangan mata wang EUR/USD gagal ditembusi pada cubaan awal minggu semalam.
Menutup dagangan hari terakhir suku ketiga 2024 semalam, US dolar berjaya paparkan pengukuhan pada sesi New York yang turut disokong oleh ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang bernada sedikit hawkish.
Penganalisis pasaran masih memberi amaran untuk US dolar terus berdepan tekanan dengan jangkaan situasi pengukuhan yang berlaku hanya bersifat sementara.
Perubahan arah pada harga akan ditentukan oleh data-data terbaru yang bakal diterbitkan minggu ini dengan tumpuan utama adalah pada laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Pada carta EUR/USD, harga menunjukkan kenaikan semalam ke paras 1.12000 untuk sekali lagi menguji zon rintangan tersebut.
Namun, seperti situasi pada minggu lalu juga, rintangan tersebut masih kebal untuk dibolosi menyaksikan harga kembali melantun turun ke bawah semula.
Penurunan sekitar 80-90 pips itu dilihat kembali menghampiri zon tumpuan 1.11000 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) buat harga.
Turut memberi isyarat awal perubahan trend bearish apabila harga susut bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.
Jika harga teruskan penurunan di bawah zon 1.11000 itu, harga dijangka akan melanjutkan penurunan menuju zon tumpuan sebelum ini pada 1.10000.
Namun, jika kembali lantunan harga dipaparkan semula, kenaikan harga akan kembali menuju 1.12000 untuk sekali lagi mencabar tembok kental itu.
Kenaikan lebih tinggi yang akhirnya berjaya tembus ke atas akan mencatatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran beralih pada 1.13000.
Pergerakan harga hari ini akan dipacu oleh data inflasi Eropah dan beberapa data ekonomi AS di sesi New York yang akan mempengaruhi kedua-dua mata wang Euro dan US dolar.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW