Prestasi US dolar semakin merosot pada dagangan Khamis semalam, berbeza ketika reaksi data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Selasa lalu yang mengukuh dengan ketara.
Momentum yang gagal dikekalkan itu telah memberi ruang kepada mata wang utama lain untuk mencuri peluang untuk memulih dari tekanan sebelum ini.
Begitu juga Euro yang kembali meningkat semula setelah jatuh ke paras terendah 13 minggu akibat diasak oleh ‘amukan’ US dolar.
Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, dapat diperhatikan harga telah paparkan kenaikan semula dari paras 1.07000 setelah menguji paras sokongan tersebut.
Selepas melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut semalam, pelabur telah menilai isyarat bullish untuk kenaikan harga bakal diteruskan.
Kenaikan kemudiannya telah diperlihatkan hingga harga mencapai ketinggian 1.07800 sebelum perlahan di sekitar itu mengakhiri dagangan sesi New York.
Pergerakan harga kekal perlahan menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat) dengan jangkaan corak kenaikan semalam akan diteruskan.
Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.08000 yang semakin hampir.
Jika harga berjaya tembus zon penting itu, kenaikan lebih tinggi boleh dijangkakan sebelum seterusnya mensasarkan kepada zon 1.09000.
Sebaliknya, jika kenaikan harga gagal diteruskan dan kemudiannya paparkan penurunan semula, berkemungkinan harga boleh susut kembali di bawah garisan MA50 sebelum menguji paras sokongan 1.07000.
Tembus lebih rendah ke bawah akan menjadi isyarat bearish buat harga yang bakal mencatatkan paras terendah terbaru 15 minggu.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG