Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) telah menjadi tumpuan pasaran pada sesi terakhir dagangan minggu lalu.
Bacaan komponen data yang agak baik untuk bulan Mei telah memberi impak besar dalam pasaran, menyaksikan pengukuhan ketara ke atas mata wang US dolar.
Pasaran menilai sektor buruh yang masih baik di AS itu dilihat mengurangkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) melaksanakan langkah pemotongan kadar faedah pada September nanti.
Petunjuk terbaru akan diperhatikan menerusi data inflasi AS minggu ini sebelum tumpuan terarah sepenuhnya kepada mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti.
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pengukuhan ketara US dolar telah menekan harga jatuh dengan penurunan harian pada Jumaat lalu sekitar 100 pips.
Harga sempat menguji zon rintangan 1.09000 sebelum kemudiannya terjun hingga mencecah zon sokongan pada 1.08000 di penghujung sesi.
Pergerakan harga di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat bearish untuk dagangan minggu ini.
Harga dibuka lebih rendah 30 pips pada sesi Asia pagi ini (Isnin) dengan pergerakan masih lagi kekal perlahan.
Berkemungkinan harga cenderung untuk menyambung penurunan pada sesi-sesi berikutnya jika US dolar mengekalkan momentum pengukuhan di awal minggu ini.
Sasaran penurunan lebih rendah buat harga adalah menuju paras 1.07000 untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.
Namun jika harga cuba untuk membuat kenaikan semula, rintangan awal adalah pada zon 1.08000 untuk diuji.
Jika melepasinya, kenaikan lebih tinggi perlu mengatasi halangan MA50 untuk mencapai semula ke zon rintangan sebelum ini pada 1.09000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW