Pembukaan sesi Eropah memberi tumpuan terhadap data inflasi UK yang diterbitkan dan mempengaruhi pergerakan mata wang Pound.
Meneliti laporan, indeks harga pengguna (CPI) UK untuk bulan Mei menepati ramalan untuk menurun kepada 2.0% selepas kejatuhan mendadak bulan sebelumnya ke paras 2.3%.
Ini berkemungkinan akan memberi tekanan kepada Bank of England (BOE) untuk menurunkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbaru pada Khamis esok.
Mata wang Pound menunjukkan reaksi awal yang positif selepas data inflasi tersebut diterbitkan dengan sedikit meningkat namun pergerakan harga terhad.
Jika diperhatikan pergerakan pada carta GBP/JPY, harga tidak menunjukkan pergerakan yang drastik dengan mendatar di bawah paras 200.700.
Pada dagangan Selasa semalam, harga yang menunjukkan penurunan dilihat masih kekal berada di atas paras 200.00 yang menjadi support semasa buat harga.
Pergerakan harga di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi isyarat untuk trend bullish, namun data inflasi yang diterbitkan dilihat akan menghalang kenaikan.
Namun jika kenaikan harga berlaku, paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu sekitar 201.600 akan menjadi sasaran untuk dicabar.
Paras tersebut telah menjadi rekod tertinggi yang berjaya harga catatkan sejak tahun 2008 pada carta GBP/JPY.
Namun jika harga menjunam selepas ini, penurunan awal dilihat akan menguji support 200.00 sebelum isyarat bearish buat harga yang melepasi garisan MA50.
Penurunan lebih rendah dilihat ke paras sekitar 199.00 sebelum meneruskan penurunan seterusnya ke zon tumpuan di awal Jun iaitu sekitar 197.500.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG