Susulan US dolar kembali memaparkan corak penyusutan di penghujung minggu, dagangan pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kembali semula mencapai paras ketinggian sekitar 1.27000.
Zon tersebut menjadi rintangan yang diuji harga pada Khamis apabila harga terus meningkat mencatatkan ketinggian baru dalam situasi pergerakan lemah US dolar.
Situasi tersebut telah didorong oleh penerbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menurun dan mencetuskan semula jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).
Minit mesyuarat FOMC akan diperhatikan pada minggu ini sementara beberapa data ekonomi UK juga dijangka akan mempengaruhi pergerakan Pound selepas bank pusat England (BOE) memberi isyarat awal untuk persediaan pelonggaran dasar pada mesyuarat terbaru.
Penganalisis mata wang menjangkakan situasi pada minggu ini masih tidak memihak kepada US dolar yang cenderung untuk bergerak lemah, namun tidak menolak pengukuhan boleh berlaku sekiranya ada faktor terbaru yang menyokong situasi tersebut.
Pada carta GBP/USD, harga telah sedikit berundur dari paras 1.27000 yang diuji sebelum kembali melonjak semula ke ketinggian tersebut pada dagangan sesi terakhir minggu lalu.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu, harga mendatar perlahan sepanjang sesi Asia pagi ini di sekitar 1.27000 itu.
Pergerakan harga kekal di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menandakan isyarat trend bullish.
Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk catatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan sasaran menuju zon 1.28000.
Namun jika harga gagal teruskan kenaikan melepasi 1.27000, risiko adalah untuk penurunan berlaku semula.
Jangkaan penurunan harga berkemungkinan kembali menghampiri zon tumpuan pada 1.26000.
See the picture of the GBP/USD pair price chart below for your technical analysis reference.
The chart displayed above uses the SaracenMarkets platform, open your trading account at SaracenMarkets today. – CLICK HERE – START TRADING NOW