Kejatuhan harga gergasi kripto, Bitcoin di bawah paras $60,000 baru-baru telah mencetuskan tanda tanya pasaran selepas ia dilihat berada pada landasan positif menuju ke arah nilai yang lebih tinggi.
Namun, ia dikejutkan dengan berita berkenaan bencana gempa bumi berukuran 7.0 magnitud melanda di kawasan pantai Kamchatka di Timur Jauh Rusia pada Sabtu.
Ramai penganalisis mata wang kripto bersetuju bahawa fenomena itu merupakan salah satu punca utama harga Bitcoin junam sekitar 9% sejak dagangan Isnin.
Selain itu, syarikat-syarikat Rusia juga menghadapi kesukaran membayar pembekal luar negara dan menerima pembayaran untuk komoditi yang dieksport selepas AS menetapkan sekatan bank asing yang bekerjasama dengan Rusia.
Rusia kemudian mungkin akan memberi ‘greenlight’ kepada Moscow Exchange dan St. Petersburg Currency Exchange untuk mewujudkan platform kripto mereka sendiri pada tahun depan.
Sokongan yang semakin meningkat terhadap Bitcoin dan kripto di Rusia muncul ketika aset digital itu diterima oleh bekas presiden AS dan calon White House 2024, Donald Trump.
Tambahan pula, Parlimen Rusia telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan perlombongan kripto dan rangka kerja untuk membenarkan ujian token digital dalam pembayaran rentas sempadan di bawah pengawasan bank pusat bermula bulan Julai.
Penerimaan kripto oleh Rusia mula dikaji semula keberkesanannya selepas Kremlin memberi larangan menyeluruh terhadapnya pada tahun 2022.