“Sebelum ni XRP lama berdiam diri, tapi tiba-tiba terus canak tinggi weh.”
Setelah sekian lama berada di bawah, harga mata wang kripto Ripple (XRP) akhirnya berjaya menggunung sehingga $0.63 memecah paras tertinggi dalam tiga bulan selepas mendapati iOS 18 nanti bakal menampilkan integrasi Ripple’s Interledger Protocol (ILP).
Suka dimaklumkan Apple dan Ripple telah bekerjasama bagi mencipta produk dengan ciri ‘Tap to Pay’ baharu yang membenarkan para pengguna iPhone menjalankan transaksi secara lancar merentas peranti.
Perkongsian tersebut mencadangkan masa depan XRP yang berupaya memainkan peranan penting dalam ekosistem pembayaran Apple melalui penggunaan teknologi XRP yang dapat membenarkan urus niaga kos rendah secara berkesan.
Jadi di sini dapat dilihat XRP bertujuan menawarkan kepantasan, kejelasan dan keselamatan untuk transaksi kewangan dengan peningkatan penerimaan teknologi blockchain dalam penggunaan arus perdana seperti sistem ‘Tap to Pay’ Apple.
Bukan itu sahaja, kenaikan harga XRP secara besar-besaran turut tercetus disebabkan data Google Trends yang menunjukkan aliran menaik dalam carian internet untuk kata kunci “XRP” sejak Jun sehingga 17 Julai 2024.
Hal ini kerana ramai pengguna internet semakin memberi perhatian pada perkembangan dan prestasi XRP sehingga menyebabkan pelabur runcit dikenali sebagai “fishes” yang memegang antara 100 dan 1,000 token turut meningkat.
Bekalan XRP dipegang oleh entiti yang memiliki baki 100 juta sehingga 1 bilion token XRP juga mencanak naik dan ini membawa makna pemain pasaran lebih besar semakin berminat dan yakin terhadap aset digital tersebut.
Menurut penganalisis kripto terkemuka Michael van de Poppe, XRP mungkin berada di ambang bagi melihat salah satu penembusan paling ketara dalam sejarah kripto susulan sepanjang berdagang kripto, beliau tidak pernah menyaksikan pennant pattern terbentuk selama tujuh tahun.
Setakat penulisan ini, harga XRP melonjak sebanyak 3.08% pada paras $0.60 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $33 bilion kemudian merekodkan pendakian 37.08% sepanjang minggu lepas.