Harga minyak mentah meningkat pada Isnin berdasarkan ramalan defisit bekalan yang berpunca daripada penggunaan bahan api musim panas yang tinggi dan pemotongan pengeluaran OPEC+ pada suku ketiga.
Niaga hadapan minyak mentah Brents naik 53 sen (0.6%) kepada $85.53 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) pula berada pada $82.05 per tong iaitu naik 51 sen (0.6%).
Kedua-dua kontrak itu meningkat sekitar 6% pada bulan Jun dengan Brent mencecah melebihi $85 per tong sepanjang dua minggu lalu selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya melanjutkan sebahagian besar pengeluaran minyaknya menjelang 2025.
Penganalisis pasaran meramalkan defisit bekalan pada suku ketiga bagi permintaan pengangkutan dan penyaman udara semasa musim panas akan mengalami pengurangan stok bahan api.
Pada Jumaat lepas, Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan bahawa pengeluaran minyak dan permintaan untuk produk utama meningkat kepada paras tertinggi empat bulan semasa April.
Walau bagaimanapun, harapan pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) dan kebimbangan geopolitik yang meningkat di Eropah serta konflik Israel-Hizbullah di Lubnan juga mengekalkan harga di bawah paras semasa.
Pendakian WTI baru-baru ini mungkin berlanjutan ke arah $85 per tong jika harga kekal melebihi purata pergerakan 200 hari pada $79.52.
Para pelabur kini memerhatikan situasi taufan terhadap pengeluaran minyak dan gas di benua Amerika.
Musim taufan Atlantik bermula dengan Taufan Beryl pada Ahad. Taufan kategori 4 itu dijangka menuju ke Kepulauan Windard Caribbean di mana ia dijangka membawa bencana yang mengancam nyawa dan banjir kilat ke kawasan penting itu.