Pasaran minyak mentah catatkan kestabilan harga pada Isnin dan mengurangkan kerugian pada minggu sebelumnya berikutan kebimbangan konflik yang semakin meluas di Timur Tengah susulan serangan roket di Golan Height, Israel.
Serangan itu mengheret Amerika Syarikat dan Israel dalam mempersalahkan kumpulan bersenjata Hizbullah di Lubnan.
Sementara itu, minyak mentah Brent naik 40 sen (0.5%) kepada $81.53 per tong dan West Texas Intermediate (WTI) AS naik 34 sen (0.4%) kepada $77.50 per tong.
Minggu lepas, harga Brent hilang 1.8% dan WTI turun 3.7% berikutan permintaan China yang merosot serta harapan perjanjian gencatan senjata Gaza.
Pada hari Ahad, kabinet keselamatan Israel memberi kuasa kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk memutuskan serangan balas terhadap roket yang mengorbankan 12 remaja dan kanak-kanak.
Walau bagaimanapun, Hizbullah yang disokong Iran menafikan bertanggungjawab terhadap serangan itu. Konflik itu telah merebak ke beberapa bidang dan berisiko menular ke konflik serantau yang lebih luas.
Terdapat laporan bahawa Israel mahukan perubahan dalam rancangan gencatan senjata Gaza dan pembebasan tebusan oleh Hamas. Hal ini semakin merumitkan perjanjian untuk menghentikan pertempuran selama sembilan bulan.
Selain itu, data yang dikeluarkan awal bulan Julai menunjukkan bahawa jumlah import minyak bahan api China turun 11% pada separuh pertama 2024 dan menimbulkan kebimbangan mengenai prospek permintaan yang lebih luas dalam gergasi Asia pengimport minyak mentah terbesar dunia.