Bitcoin pecah rekod baru lagi!
Kali ini paras tertinggi baru menembusi rekod lama dengan $106,533 dicapai pada hari Isnin, didorong oleh cadangan bakal presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang menyatakan hasrat untuk mewujudkan simpanan strategik bitcoin di AS, sama seperti simpanan minyak negara.
Kenaikan ini berlaku setelah bitcoin yang meningkat lebih 50% sejak pilihan raya pada November lalu, dengan nilai pasaran keseluruhan aset kripto kini melebihi $3.8 trilion.
Trump juga telah menamakan bekas eksekutif PayPal, David Sacks, sebagai czar untuk kecerdasan buatan (AI) dan kripto, dan merancang untuk mencalonkan peguam yang pro-kripto, Paul Atkins, sebagai ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa.
Walaupun terdapat beberapa pandangan skeptikal daripada tokoh seperti Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell, yang membandingkan bitcoin dengan emas, perkembangan ini menunjukkan bahawa dunia semakin terbuka kepada potensi kripto sebagai alternatif simpanan negara.