Niaga hadapan minyak mentah meningkat semalam semasa berlakunya tanda-tanda pasaran global yang semakin ketat dan prospek geopolitik di Timur Tengah masih tidak menentu.
Kontrak West Texas Intermediate (WTI) untuk April naik 70 sen (0.9%) untuk ditutup pada $78.61 per tong. Brent pula menambah 64 sen (0.77%) untuk ditutup pada $83.67 per tong.
Menurut Ahli Strategi UBS, Glovanni Staunovo berkata premium harga kontrak hadapan pada bulan pertama dan bulan berikutnya mencatatkan peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Premium untuk penghantaran segera berbanding penghantaran lewat biasanya merupakan petanda bahawa pasaran minyak semakin ketat.
Sementara itu, pematuhan terhadap pemotongan pengeluaran OPEC+ telah meningkat dengan eksport turun kira-kira 900,000 tong pada Februari. Ia merupakan paras terendah sejak Ogos.
Di AS, stok minyak mentah komersial meningkat sebanyak 3.5 juta tong minggu lepas dan jumlah inventori termasuk produk siap sebahagian besarnya tidak berubah.
Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Stok Simpanan AS, berlakunya peningkatan dalam beberapa minggu ini kerana kadar penggunaan penapisan telah menurun.
Tinjauan geopolitik di Timur Tengah kekal tidak menentu apabila AS berusaha ke arah gencatan senjata di Gaza manakala ketegangan semakin memuncak di sempadan Israel-Lubnan dan di Laut Merah.
Gencatan senjata sementara sebagai pertukaran untuk membebaskan tebusan di Gaza berpotensi mengurangkan risiko konflik yang melanda Timur Tengah yang mengganggu bekalan minyak mentah.
Namun, Israel telah melancarkan serangan berulang kali terhadap sasaran Hizbullah di Lubnan dalam beberapa hari kebelakangan ini, dan militan Houthi di Yaman terus menyerang perkapalan di Laut Merah.