Setelah pengukuhan ketara US dolar selepas mesyuarat FOMC awal pagi semalam, momentum sedikit pudar untuk beberapa sesi dagangan berikutnya.
Namun, US dolar masih bergerak stabil selain disokong oleh laporan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam.
Bacaan terakhir bagi pertumbuhan suku ketiga 2024 yang diramal kekal pada 2.8% seperti sebelum ini sebaliknya meningkat kepada 3.1%.
Petunjuk terbaru buat US dolar akan diperhatikan pada sesi New York malam ini (Jumaat) iaitu indeks harga PCE AS yang mengukur perbelanjaan peribagi pengguna, di mana turut menjadi indikator penting buat Federal Reserve (Fed) dalam menilai inflasi.
Meneliti pergerakan pada carta pasangan mata wang EUR/USD, terjunan harga diperlihatkan sehingga mencecah 1.03500 ketika reaksi mesyuarat FOMC.
Kemudian harga meningkat perlahan pada sesi Asia dan Eropah semalam, namun dilihat gagal bertahan di atas zon 1.04000 sebelum susut di bawahnya semula meneruskan dagangan sesi New York.
Harga akhirnya mendatar di sekitar 1.03600 di penghujung sesi dan kekal perlahan menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).
Kecenderungan harga masih dilihat untuk meneruskan corak penurunan dengan isyarat bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu.
Sasaran terhampir adalah untuk menguji 1.03000 dan jika masih meneruskan penurunan lebih rendah, paras sekitar 1.02400 dilihat akan menjadi tumpuan harga.
Namun jika harga melonjak naik melepasi semula zon 1.04000, bakal ada isyarat awal untuk perubahan semula trend.
Kenaikan lebih tinggi jika dilanjutkan bakal mensasarkan untuk kembali ke zon tumpuan sebelum terjunan berlaku iaitu 1.05000.
See the picture of the price chart of the EUR/USD pair below for your technical analysis reference.